NOIR FOUNDER

Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit.Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.

 
Visi Madammu – bukan hanya memberi penekanan dalam mencapai kesejahteraan sihat dan kejelitaan tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain dalam menghasilkan pendapatan peribadi mereka sendiri melalui platform keusahawanan yang disediakan oleh syarikat.

 
Sejak penubuhan pada 3 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 10,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

 
Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup, bimbingan daripada pengasas Noir, Madammu, yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh dari segi dalam talian dan luar talian, Noir telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan.

 
Setelah menyertai Noir, ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman.

 
Berkat sokongan dari para pelanggan setia, Madammu percaya jenama Noir akan lebih berkembang maju dan kekal menjadi pilihan tepat untuk penjagaan wajah secara halal dan premium.

ERIYCA BAIDURI

Founder NOIR

Open chat
Hi, saya Yana. Ada nak tanya ke?
Hi, Selamat Datang. Ada apa-apa pertanyaan & boleh yana bantu? 🤗